A SACRED JOURNEY-PENCARIAN ABADI

MOHD FADLI MOKHTAR, 2020
28 x 39 cm
Monotype, watercolor and collage on Paper

Karya ini bersifat naratif yang berkisarkan tentang pencarian abadi mencari pencipta. Sudah menjadi fitrah manusiawi yang berakal itu untuk mencari kebenaran dan memperbaiki diri agar kelak dapat bertemu dengan penciptanya.
Dunia ini ibarat satu perjalanan panjang yang menguji makhluk tentang kepatuhan terhadap pencipta. Agama telah menjadi satu perkara penting sebagai panduan hidup untuk Berjaya didunia dan diakhirat.
Hidup manusia itu bukanlah dikira pada permulaanya tetapi bagaimana pengakhirannya.
Setiap Kewujudan dengan objek di sekeliling kita mengingatkan saya tentang konsep kewujudan itu sendiri dimana setiap yang wujud ada penciptanya, pemulanya dan penamatnya.

FAITH

MOHD FADLI MOKHTAR, 2020
32 x 36,5  cm
Monotype, watercolor and collage on Paper

Akidah diertikan sebagai kepercayaan atau keyakinan. Kepercayaan ataupun keyakinan juga disebut sebagai iman yang merujuk kepada ketaatan terhadap ajaran agama.
Ajaran yang diimani itu dijadikan pedoman, panduan dan pegangan dalam hidup ke arah mencapai kebahagiaan duniawi dan ukhrawi.
Mengekalkan akidah dan keimanan itu adalah satu cabaran di penghujung zaman yang mencabar ini.
Setiap manusia itu berjuang dengan cara mereka yang tersendiri. Penghujungnya adalah kepada matlamat yang sama iaitu mencari redha tuhan.

TREE OF LIFE

MOHD FADLI MOKHTAR, 2017
28 x 39  cm
Monotype, collage on Paper

Konsep pokok kehidupan telah digunakan dalam sains, agama, falsafah, dan mitologi. Pohon kehidupan adalah motif biasa dalam pelbagai teologi, mitologi dan falsafah dunia.
Ini merujuk kepada interkoneksi semua kehidupan di planet kita dan berfungsi sebagai metafora untuk keturunan yang sama dalam erti evolusi.
Istilah hayat kehidupan juga digunakan sinonim untuk pokok suci. Pokok pengetahuansimbol kepada syurga dan neraka, dan pokok kehidupan, yang menghubungkan semua bentuk penciptaan,